
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
Selayang Pandang.......
PENGENALAN
Unit Khidmat Pengurusan merupakan nadi kepada pengurusan institut dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, pentadbiran dan pengurusan kewangan secara sistematik. Terdapat unit-unit sokongan yang dianggotai oleh kakitangan bukan akademik bagi melancarkan pengurusan pentadbiran institut dari semasa ke semasa. Selain itu, unit ini juga sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti bagi mencapai hasrat dan aspirasi institut dan negara.
FUNGSI UNIT
~> Memastikan pengurusan dan pentadbiran IPGKPT berjalan dengan cekap dan teratur
~> Mengawal sumber kewangan IPGKPT supaya diurus dan dikawal dengan bijak dan
berhemah serta menepati peraturan-peraturan perbelanjaan berhemah
~> Memberi bantuan dalam mengurus dan menyelenggara semua majlis rasmi IPGKPT
~> Menguruskan pra sarana infrastruktur serta penyelenggaraan IPGKPT
~> Mengawal dan memantau pengurusan aset kerajaan